Laporan Aktiviti NADI di Perpustakaan Desa Bongor Kudong

19 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

Program ini dijalankan bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang penggunaan Canva untuk reka bentuk grafik digital dan pengenalan asas kepada teknologi Artificial Intelligence (AI). Sesi bermula dengan penerangan interaktif mengenai fungsi dan kegunaan Canva, diikuti dengan aktiviti amali mereka bentuk poster menggunakan platform tersebut.

Seterusnya, peserta diperkenalkan kepada konsep asas AI, termasuk contoh aplikasi AI dalam kehidupan seharian serta demonstrasi penggunaan ChatGPT sebagai alat pembelajaran pintar.

Peserta menunjukkan minat yang tinggi dan berjaya menghasilkan rekaan kreatif menggunakan Canva. Mereka juga dapat memahami bagaimana AI boleh membantu dalam pembelajaran dan kehidupan harian.

Melalui program ini, NADI dapat memperkukuh peranannya sebagai pusat penyebaran maklumat dan teknologi di peringkat komuniti luar bandar, serta memperluas capaian kepada golongan muda dalam bidang literasi digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali